Thursday, August 27, 2009

PENCEGAHAN

Teruk sungguh wabak H1N1 skrg nie, mana2 pegi orang dok pakai topeng je untuk tutup hidung ngan mulut.


Nak bawak budak2 gi jalan time cuti sekolah sekarang nie pun aku dah boleh naik gerun. Kalo nak keluar nnt pun aku rasa mmg nak kena serkup kepala hani ngan aish cam nie he he he

KOMTAR

Komtar

Jeruk Market

Time2 posa nie mmg x de idea nak update ape2..

so .. layan tempek gambar je

Wednesday, August 19, 2009

BAM

Beratnya tanggung jawab bila tiba2 kena jadik mak angkat xpress pada BAM. Ciannya kat dia yang dah hampir nazak masa Tina (mak betul Bam) letak Bam kat atas meja aku. Kurus kering cam budak yg kurang kasih sayang.

Tina pun satu, dah tau x larat nak jaga nape lah dari lawal lg gi sibuk2 nak bela Bam. Atas dasar kesian & tak mau Tina jdk pembunuh, aku pun ngan rela dalam terpaksa amik Bam. Sebelum tu mimi dah taruk racun kat hati aku yg senang rasa x gamak dalm banyak hal.

"Ko x kesian ke, mati kang, tak sayang ke - alah kacang je nak jaga bukan susah mana pun" tu jer lah ayat mimi berulang kali sampai aku naik kesian.

Jadik - dengan bangganya mula dari pukul 4 ptg tadi BAM jadik anak angkat aku :D


Tak sabar nak gi opis esok nak jumpa BAM - pokok duit ku

MAKAN

Sabtu, 15 Ogos - Lepak makan kat krathong sambil celebrate b'day kak Jua, DD & Rinn. Sill pun ade gak. best best best


SAGA TIGA BERADIK

Yahhhhhhh huuuuuuuu !
set Saga aku dah complete

Wednesday, August 12, 2009

CANTIK

Goodie gift bag for Raya

Goodie gift bag untuk raya lagi :D

Nannie's Hello Kitty

Yummie tart untuk raya

Sunday, August 9, 2009

SEPI

Tak tau lah dah berapa kali aku tgk cerita nie. Banyak kali dah kut. Semalam tgk lagi.

Dari kul 7 sampai kul 10:30 pagi. Back to back. Abis je cite nie aku terus ulang tgk balik.

Tiap kali ulang, feel nya masih tetap sama, cam baru first time tgk. Bagus dan mmg sangat bagus :D

Baru



Rembat kat MJ petang sabtu. Kilang CE bukak booth kat sana. Melampau giler murah dia org jual novel lama. Saga Tiga & Primadona RM5 each. Satu Anugerah & Velentine aku dpt 50%. Komik novel RM2 satu.

Kesian lak aku kat penulis yg wat cerita nie. Penat2 perah otak, senang2 publisher jual murah2. Tak patut sungguh. Walaupun tak laku, tak kan lah sampai jatuh sampai harga RM2 satu. Kesian nya.

Friday, August 7, 2009

Kenyang


Bestnya hari nie. Kenyang dr pagi sampai petang.

Masuk je opis nampak nasik lemak atas meja, Lynn belanja.

Tengah hari makan pulut kuning ngan rendang ayam. Azzam yg bwk sb baru dpt baby.First time rasa rendang yg campur ngan daun puding. Seeeedaaap

Petang, Tina kasik bengkang ubi & kak Ita lak ngan apam chomel kaler2 dia.

wah.. complete carta makanan sihat aku hari nie :D Alhamdullilah


Gula-gula, coklat & salak

Gula2 atas meja opis aku tu bekasnya jarang2 x berisi. Dulu fungsinya sbg kudapan aku mengadap masa2 kritikal (time ngantuk, stress gilor & boring kegabanan) Tp lepas patner aku - tina 'marathon moster' tu asyik ulang ayat yang sama tiap kali aku bukak mulut nak makan gula2 - aku pun berhenti lah. Sekali2 je makan bila rs teringin. Ayat best tina "U makan ler gula2 byk2 nnt kena diabetic baru u tau". Gulp.. takot siot - kena potong kaki :(

Sekarang nie bekas gula2 tu penuh sb nak kasik cantik meja aku je. Mimi - patner belah kanan aku tu ritualnya tiap kali nak pi perasap paru2 - dtg amik gula2 atas meja aku. Jadiknya satu lg sb stok sentiasa kena ade - sb kesian kat mimi. Macam ler dia x blh beli sedirikan. Aku nie jenis x sampai hati bila dgr dia tanya "cik, gula2 x de ke?"

Pagi... aku nampak ade kotak cantik atas meja mimi. Kotak silver lilit reben hitam yg ade rama2 putih atasnya. Huish biar betul mamat neh, kotak cantik ltk atas meja cam nak kasik harapan kat aku rembat je neh. Aku yg mmg alergik tgk benda cantik cam tu dgn selamba badak je amik & ltk atas meja aku. Tak kan ler mimi nak marah kan sb gula2 aku dah brp byk aku dia dah soglap. Saje aku nak tgk rupa dia bila kotak tu hilang.

Bila mimi balik, aku dah x blh tahan nak gelak sb nor asyik kenyit2 mata kat aku pasal kotak tu. Bila dah terburai gelak, mimi perasan ade yg x kena kot. Mata dia melata atas meja pastu "
Mana kotak cekelat aku huh, ko amik erk". Terus dia amik kotak tu dr meja aku.

Apasal bila jdk ape2 muka aku nie jgk yg dia pandang. Apasal x pandang muka nor padahal nor pun sama je sekongkol ngan aku SELALU.

Alah mimi, nak gurau2 pun x leh. Aku sumpah ko jdk printer kaler tu kang baru hg tau. Bukan aku nak sgt kotak ngan cekelat tu tp saje suka ngusik.

Muka cencorot cemberut ... huh x hensem

Buat baik x semesti terima balik yg baik. So man man je lah dlm segala hal. Kawan2 nie cam buah salak gak. Kat luar cantik tp kat dalam ade mcm2 rasa. Kelat pahit dlm manis. Rambut sama hitam - hati lain2. Dah lama kawan pun masih x leh lebih kurang ngan aku. Menci aahh

Rasa cam nak kecik ati, tp x kisah ler sb petang tu dia soglap gak gula2 aku. Buang karan je lah kot nak merajuk ngan dia.

Monday, August 3, 2009

Kapal Terbang Kertas

Hobi lipat kertas kecik2 buat kapal terbang sambil buang masa sangkut dalam jam aku dah jangkit kat aish :D

Agam





Sunday, August 2, 2009

Pesta Buku Selangor

Seawal 8:20 pagi aku dah keluar rumah sebab takut sesat. Shah Alam ngan aku mmg tak pernah jadi kawan baik. Pekan yang ade 18 roundabout tu boleh buat aku pening.

Malam sebelum tu cik Kuntum dah bawak aku ronda Shah Alam nak tunjuk jalan ke Kompleks PKNS. Ape lah sgt yg boleh aku dengar dia membebel tunjuk tu tunjuk nie dalam kul 12 tgh malam bila mata aku dah tak boleh berkerjasama dan otak asyik pikir nak tido je. Kadar konsentrasi aku masa tu hampir kosong ha ha ha.

Cuak jgk tp belasah je lah sb dah janji ngan Sil nak jumpa kat sana kul 9:30. Selamat sampai kul 9:20 walaupun kena 2-3 kali tawaf tasik nak carik jalan. Alhamdullilah :D

Sil sampai hampir pukul 10:00 pastu gerak gi booth JS jumpa kak Su & Kak Yah. Kitaorang breakfast ngan kak yah. Sil belanja aku makan hu hu hu bestnye. Masa jalan2, jumpa ngan Rinn & cik Rose

Yang berjaya dibawak balik dengan penuh bangga :P

Buku Free - menang Lucky Draw dr JS

Aku

Aish

Hani